Stalker (iii)

TUJUH



"Actually surat tu, it was truth or dare."
"Apa dia?"
"Surat yang I bagi you tu, it was truth or dare sebenarnya."
"Oh...."
Amir diam. "Tak tahu la nak cakap apa." Amir tersengih sambil menyelak rambutnya. 'Mamat ni mesti nervous.' Hati Bella terdetik. 
"You don't have to say anything. It's........I like you. But, I don't expect anything from you. Okay? Just anggap benda ni pernah jadi but it won't happen again."
Amir mengangguk. Dia faham. "But you know, sebenarnya, I'm not like what others see me. I'm not as nice as you guys think. Ramai orang tak suka I sebab I am kind of annoying...."

Bella hampir tersenyum mendengar luahan hati Amir. 'You're perfect for me.' Hati Bella berdetik sekali lagi. Sekali-sekala dia mengerling ke arah gadis yang berdiri di sebelah Amir. Hatinya retak sedikit saat Amir memperkenalkan gadis tersebut sebagai 'rakan'nya. Bella sudah mengerti di situ. Amir sudah mempunyai teman istimewa.
"Actually....you know. I tak........ummm.....I mean benda-benda tu....."
"Tak kisah pun pasal benda tu?"
"Ya! Exactly. I like you, and that's all."

Amir mengangguk lagi. Sesekali dia tunduk ke bawah. Bella terfikir yang situasi mereka berdua agak terbalik. Sepatutnya Bella yang harus tersipu malu kerana dia sedang melakukan confession kepada seorang lelaki. Apa yang Bella jangkakan ialah Amir akan memberi direct rejection kepadanya. Seperti "sorry but I dah ada someone" atau "lupakan I".

Tapi tidak.

Walaupun hati Bella ada sedikit calar dengan kehadiran gadis tersebut, tapi dia masih tidak dapat menanam rasa marah terhadap Amir. Dia cuba.......

"Hah! Berangan!"

Bella tersentak. Hilang segala kenangan tujuh tahun lepas dari kotak mindanya. Amir ketawa kecil lalu meletakkan timbunan buku di atas meja berhadapan dengan Bella. "Tak habis-habis dengan berangan. Teringat siapa?"

Bella tersenyum sinis. 'Kau boleh tanya aku ingat siapa....' "Dari mana ni?" Bella bertanya. Dia naik hairan. Kampus UIA Gombak bukanlah satu tempat yang kecil. Jarak dari hostel tempat dia menginap hingga ke kelas memakan masa 30 minit untuk sampai jika dia berjalan kaki. Tetapi dia sering bertembung dengan Amir, lelaki yang sering dipujanya (dalam hati sahaja). Bella gembira, tetapi dalam masa yang sama dia terganggu.

"Dari kelas la, mana lagi." Amir menjawab. Seperti biasa, seperti tujuh tahun yang lepas, dia menyelak rambut ikalnya sedikit sebelum memulakan perbualan. "Pergi audition teater malam ni?"

"Teater apa?"
"Teater la. Kelab CAC buka audition for their new theater. Pergi tak?"
"Saya bukan pelakon macam awak, Encik Amir Khairul...." Bella menyedut air soya kotak yang tinggal separuh. "By the way, dah sign borang graduate belum?"

Amir menggeleng. "Nanti-nanti la."
"Untung la nak graduate dah..."
"Untung ke?" Amir tergelak. "Lepas tu nanti dah masuk dunia kerja. Tak sama dengan dunia as a student. Lagipun......."

Amir tidak menyambung percakapannya. "Lagipun apa?" Bella bertanya. Amir tidak menjawab, sebaliknya dia menunduk. Tersenyum sendiri.

"Nanti tak dapat bertembung dengan Bella macam ni dah...."

Berpeluh Bella dalam dia cuba untuk tidak tersenyum selepas mendengar kata-kata Amir. Tetapi dia gagal. Bella membuang pandangannya ke arah jalan raya, mengelak daripada melihat mata Amir. 

'Tak payah tunggu kerja. Nanti-nanti pun tak dapat jumpa dah...'

Hatinya sebak tiba-tiba.



LAPAN



Aishah sudah nampak kelibat Hazim dari jauh, sedang duduk dengan kedua belah lengannya bersilang. Air wajahnya kelihatan tenang. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aishah duduk di sebelah suaminya. Dia menghulurkan kedua-dua belah tangannya kepada Hazim. Hazim menyambut.

"Ni kenapa sejuk sangat tangan ni?"

"Sejuk? Mana ada. Biasa je." Aishah menarik kembali tangannya. Tak sanggup rasanya membiarkan tangannya berada lebih lama dalam genggaman lelaki di sebelahnya itu. "Kenapa awak ajak saya jumpa dekat sini?"

Aishah melihat sekeliling. Dia berfikir mengapa dalam semua tempat yang ada di Malaysia, tempat ini menjadi pilihan Hazim; taman rekreasi di KLCC. 
"Saja." Hazim menjawab sepatah. Aishah menarik nafas dalam-dalam. "Brother, sebenarnya....."

Aishah menutup mulutnya serta-merta. Hazim tidak menunjukkan reaksi terkejut, sebaliknya dia tersenyum. "Ye saya? Apa dia sister?"
Aishah masih menekup mulutnya. 'Kenapa aku panggil dia macam tu?!' "Tak, tak....maksud saya, Hazim......"
Aishah mengumpul semangatnya kembali. "Saya nak mintak maaf sebab keluar tanpa izin tadi. Baru sehari jadi bini orang dah buat perangai. And, sekarang saya tahu la kenapa awak cakap awak tak nak kahwin dengan saya."

"Sebab apa?" Hazim mengangkat kening. 

"Sebab perangai saya la...."

"Yakin?"

Aishah mengangguk.

"Yakin ke, Nur Aishah bt Zainal Abidin?"

Hati Aishah berhenti seketika. 7 tahun lalu, dia sering berharap supaya Hazim akan memanggilnya sebegitu. Dan impian itu telah menjadi kenyataan.

"Yakin."

"Then I'm sorry, you are wrong."

Dahi Aishah berkerut. "Pasal apa pulak?" Hazim memusingkan tubuhnya ke kanan, meghadap Aishah. Aishah rasa seperti hendak bangun dan lari dari situ. "Tengok sini."

Hazim mengangkat sedikit dagu Aishah menggunakan hujung jarinya. Dia merenung ke dalam sepasang mata bewarna hitam pekat kepunyaan Aishah hingga mengalir setitis peluh di dahi isterinya itu.

"Saya memang tak nak kahwin dengan awak. Tapi, itu sebelum saya tengok gambar awak."

"Oh, so awak kahwin dengan saya ni sebab rupa la?"

"No." Hazim menggeleng. "Ada sebab lain."

"Sebab apa?"

"Tutup mata sekejap." Aishah menurut. Dadanya berdegup dengan laju. Hazim mencapai tangan kanan Aishah dan meletakkan sesuatu di dalamnya. "Buka."
Aishah membuka matanya perlahan-lahan.







"Ingat saya tak kenal awak ke, skater?"




Di dalam genggaman Aishah ada sebuah keychain berbentuk skateboard bewarna merah. Aishah terlopong. Mindanya kosong. Aishah memandang wajah suaminya. Bingung.

"How did you know?"

"Because you are my stalker. My favorite stalker. Since that night in front of vending machine nearby SMAWP." Hazim mencuit hidung Aishah. Aishah melarikan pandangan. Pipinya merah padam. Aishah mengenggam keychain tersebut erat.

Dia tersenyum.

Lega.



SEMBILAN


Sudah dua minggu kelibat Bella tidak kelihatan. Sudah dua minggu dia lenyap daripada pandangan. Dan sudah dua minggu, Amir jadi tidak keruan.

Dia mahu bertanya pada rakan-rakan Bella, tetapi dia malu. 

Amir pulang ke hostelnya dengan minda yang bercelaru. 'Mana dia pergi?' Sedang dia berjalan sendirian, namanya dipanggil tiba-tiba. Amir menoleh. Aishah sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya. 

"Eh, kawan Bella kan?" Amir bertanya. 'Bagus! Bagai pucuk dicita ulam mendatang!'

"Ha. Kenal pun." Aishah mengeluarkan sepucuk sampul surat bersaiz besar dari dalam begnya. "Untuk hang." Amir membelek sampul surat itu seketika. "Apa ni? Siapa bagi?"

"Bella."

"Bella? Mana dia? Lama tak nampak dia..."

"Hang jangan tanya aku." Aishah berpusing ke belakang, mahu pergi dari situ. "Jangan tanya aku apa-apa. Hang tahu sendiri semua jawapan dia."

Aishah berlalu pergi meninggalkan Amir termangu-mangu. Amir duduk di atas sebuah bangku, membuka sampul tersebut perlahan-lahan. Dia terkejut. Di dalam sampul tersebut ada sepucuk surat dan sebuah potret.

Potret dirinya. 
Dan Bella berdiri di sebelah.

Amir membuka surat yang dilipat kecil itu. Dia membaca isi surat tersebut.




'I'm no longer there in Gombak when you're reading this. I've got an offer of furthering my study in Australia. If you ask me, seriously, I don't want to go. Never. But for the sake of my parents, I accepted. 

I stayed there for 7 years, with hopes that you might notice something. 

I hoped that you'd notice how much you mean to me.

Dear Amir, 7 years isn't a short period. Adoring you isn't a simple thing to do, but so far the most beautiful thing that I've ever done. 

May Allah always be with you. Be safe. 


p/s: Remember that picture? Our first picture together.

Assalamualaikum.'


SEMBILAN


Bella menyapu air mata yang hampir kering di pipinya. Dia menutup mata. Rapat. Pejam. 

Sudah 30 minit dia berada di dalam kapal terbang, menuju ke Australia. Bella memasang headphone dan membuka playlist di dalam iPhone nya. Folder 'Budi'.

2 minit kemudian, Bella tenggelam di dalam alunan suara si penyanyi.




Suara Amir.




-END-














No comments: