Aku Ini Jahat

Aku ini jahat

Kerap menganiaya
Kedua orang tua
Yang tidak pernah lupa
Memberi kasih mereka.

Aku ini jahat

Acap kali
Aku permain sumpah dan janji
Tidak akan berbuat lagi.

Aku ini jahat

Berlari sana dan situ
Walaupun kaki aku kaku
Hati aku membatu
Jiwa aku beku
Kerana aku sering lupa Tuhan aku.

Aku ini jahat

Jangan dekati aku.

No comments: