Insan bergelar ibu

Ketika insan lain ketawa menyulam bahagia
Aku toleh dan lihat
Terdetik iri di dalam hati.

Lekas aku usir rasa itu
Kerana jauh di dalam kalbu
Aku tahu
Aku punya peluang itu 
Waktu dahulu.

Aku rindu
Sentuhan dan belaian
Usapan dan pujukan
Seorang wanita dan insan
Yang bergelar ibu.

Aku mahu kembali
Tapi kaki aku dipateri
Aku harus berjanji
Tidak mengulanginya lagi.

Moga aku diberi sedikit masa
Akan aku cuba dan usaha
Muhasabah mengubah diri
Agar aku diterima kembali.




"Ma, kakak rindu."

No comments: