Stalker

SATU

“Woi! Siapa tu?! Kau buat apa dekat sini malam-malam?!”

Si skater terkejut beruk. Dia pusing sekilas. Kelihatan susuk tubuh badan seorang pengawal keselamatan sedang berdiri 20 tapak darinya, dengan lampu suluh di tangan. Disebabkan keadaan sekeliling gelap, si skater tidak dapat melihat wajah pengawal keselamatan tersebut dengan jelas. ‘Huh! Kalau terang ni mesti aku boleh nampak betapa bengisnya muka kau sekarang!’ Tanpa menghiraukan jeritan pengawal tersebut, si skater mencapai board lalu berdesup hilang dari kawasan sekolah lama itu. Dia ketawa terkekeh bila terdengar laungan pengawal keselamatan yang mungkin sedang menyumpah seranah di dalam hati. “Nasib kau la……siapa suruh datang tiba-tiba…”
Dia berjalan menuju ke arah sebuah vending machine. Sedang dia gigih menyeluk poket mencari syiling, telefon bimbitnya bergetar. Si skater meneliti skrin. ‘Apa budak-budak ni nak lagi…….
“Assalamualaikum. Ha, awat?” Si skater mendengar dengan teliti setiap butir perkataan oleh si pemanggil. Sesekali dia mengangguk mengerti. “Okay, nanti walid balik la. Tadi ada pak guard hambat walid. Jangan kunci pintu.” Tangannya menekan punat merah, mematikan panggilan lalu menoleh ke belakang. Jantungnya hampir berhenti apabila sepasang mata sedang merenung ke arahnya. Tajam, tetapi air wajahnya lembut. Hampir sahaja dia khayal dalam renungan tajam di sebalik alis mata yang lentik itu. Si skater terkaku sebentar sebelum bergegas melarikan diri. Dia berhenti di sebuah bangunan seperti apartment. Tapak kakinya laju berlari menaiki tangga hingga ke tingkat tiga dan berhenti di hadapan sebuah bilik.

Bilik 312.



DUA

7 tahun kemudian….

“Kahwin?! WOW?! BILA?!”

Hampir jatuh pinggan daripada tangan Bella. Sungguh dia tak sangka dengan berita yang baru dia dengar. Aishah yang sedang duduk di hadapannya melihat sekeliling, mengangkat tangan tanda maaf dek kerana jeritan Bella yang bergema di dalam restoran tersebut. “Shhh…jangan jerit Bella oi. Ha Aishah nak kahwin, bulan depan. Bella datang la, boleh?”
“Boleh je. Tapi, kenapa tiba-tiba? Takda angin takda ribut, tup tup nak kahwin. Bila pulak Aishah ada boyfriend?”
Aishah tersengih. “Tak sempat nak cari boyfriend pun. Mak Aishah suruh kahwin.”
“Ohh…..arranged marriage la ni?” Bella menyedut minuman yang tinggal separuh. Cuaca panas bulan Mac menyebabkan dia memesan dua gelas besar sirap limau. “Handsome tak?” Sekali lagi Aishah tersengih. Kali ini, sengihannya lebih lebar. “Orang tanya hang duk sengih pulak. Awat nya?” Aishah menguis makanan di dalam pinggan dengan sudu. Bella meneliti wajah rakannya itu. Nak kata gembira, tak juga. Nak kata sedih, lagi lah tidak.
“Bella kena datang wedding Aishah, nanti Bella nilai la sendiri dia handsome ke tidak…”
Aishah tersenyum nipis. Dia masih ingat betapa terkejutnya dia ketika pulang dari kerja minggu lepas. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam rumah, ibunya meluru ke arah Aishah. “Kak, jom masuk. Ada benda nak cerita ni.” Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas sofa, ibunya merenung wajahnya dalam-dalam.



“Tadi ada orang masuk minang…”

Hampir tersembur air mineral yang diteguknya. “Apa?!” Mata Aishah terbeliak. Sungguh dia tidak menyangka akan mendengar perkara sebegini dari mulut ibunya sendiri. “Tadi ada orang masuk minang. Satu keluarga lengkap. Mak tengok dah budak lelaki tu, nampak baik. Kak nak tak?” Aishah terpana. Dia tidak tahu hendak menjawab apa. “Siapa pulak masuk minang ni? Kak ni boyfriend pun takda mak oi. Takkan Kak nak kahwin dengan orang yang Kak tak kenal? Lagipun Kak kan tengah belajar lagi?” 
“Takpa la yang tu. Boleh kenal kemudian. Dia pun belajar jugak. Bukan trend ke sekarang kahwin time belajar?
Ish mak aku ni. Bukan main lagi. Aishah tersenyum sendiri mengingatkan ibunya. Rindu pula dia. “Sengih aje dari tadi. Teringat bakal suami ke Cik Aishah?” Bella mengusik rakannya itu. Aishah menggeleng laju. Dia membetulkan tudungnya yang senget. “Dah la tu. Bella apa cerita?”

“Cerita apa?”

“Cerita la. Jejaka idaman Bella tu…”
Bella mengangkat bahu. “Entah dia. Jarang jumpa dah. Sibuk agaknya.” Bella meneruskan kunyahan. Giliran Aishah merenung Bella. ‘Ada yang tak kena ni….’ Aishah menyentuh tangan Bella lembut. “Bella, kalau Bella nak cerita apa-apa cerita je la. Aishah dengar.” Lembut jari Aishah mengusap tangan rakannya itu. Dia tahu Bella sedang sedih. “Tak tahu la Aishah. Orang kalau memang tak minat, memang dia tak nak layan sampai kiamat.” Bella mendengus. Geram. Sungguh dia geram. “Enam tahun Aishah….enam tahun. I’m wasting my time.”
“Dia ignore Bella ke?’ Aishah bertanya. “He would be super nice to me at times. But as I start to talk about something more serious, as if our relationship, he cut off. He changed the topic. If I insist, dia diam.  Tak sakit hati ke?” Bella meluahkan rasa sakit yang dipendam. “Memang la both of us takda apa-apa relationship, it’s hara’am anyway. But Aishah faham kan, what I mean?”

Aishah mengangguk mengerti. Dia faham benar. Bukan baru semalam mereka berdua bertukar cerita. Enam tahun. Sepanjang enam tahun itu, perasaan rakannya itu sering bertukar-tukar. Kadang-kadang terlebih gembira. Kadang-kadang terlebih remuk.
 "Nevermind. Tak payah la cakap pasal dia. Bella nak pergi skate lepas ni, nak ikut?"


TIGA

Aishah melangkah masuk ke dalam biliknya. Biliknya sudah dihias kemas dan cantik. Cadar baldu bewarna putih disulam dengan benang merah di bahagian tepi, menaikkan seri bilik pengantin. 'Rasa macam nak tidur dekat lantai. Cantik betul! Sayang nak rosakkan cadar.' Aishah berjalan sebentar di dalam biliknya sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Penat badannya seharian melayan tetamu. Ditambah pula dengan soalan-soalan daripada rakan-rakannya. Aishah ketawa mengingatkan reaksi Fatin, Eryfa, Nawar dan Bella apabila melihat wajah suaminya. Keempa-empat mereka tercengang bagai tidak percaya. 
"Aishah, biar betul?" Eryfa menggengam lengan baju Aishah. "Apa yang tak betulnya? Itu la suami Aishah." Aishah tersenyum. "Dia.....suami hang?" Nawar bertanya untuk kepastian. "Ye....itu la suami aku anak-anak sekalian. Takkan suami hangpa pulak." Fatin menggeleng kepala. "Diam-diam Aishah ye. Sikit tak cerita." 

"Sebab tu aku suruh datang time wedding....ini la sebab dia..." 

Aishah tersentak daripada lamunan apabila dia terdengar bunyi pintu dibuka. Kemudian, dia terdengar suara lelaki berdehem. Hati Aishah berdebar secara tiba-tiba. 'Alamak, mamat ni awalnya masuk bilik. Aku dah la nak mandi. Baik aku kunci pintu.' Aishah menekan punat di tombol pintu dengan perlahan. Sambil membersihkan diri, dia berdoa di dalam hati supaya suaminya keluar sebentar dari bilik sementara dia selesai menukar pakaian. 'Takkan aku nak salin baju depan dia. Dah la tak pernah bercakap. Malu siot!' Aishah memulas tombol pintu dengan harapan suaminya tiada di dalam bilik. Nasib menyebelahinya, kelibat suaminya tidak kelihatan. Aishah bergegas menukar pakaian dan mengeringkan rambut. Dia menyembur sedikit perfume Jadore yang diberi sebagai hantaran oleh pihak suaminya. Sedang Aishah menyidai tuala di tepi katil, pintu dibuka lagi dan suaminya melangkah masuk.

Mata mereka bertaut sebentar sebelum Aishah melarikan pandangan. Dadanya berdegup kencang. Sudah lah tidak pernah berbual, sekarang sedang berduaan di dalam bilik pula. Awkward. 
'Aku nak panggil dia apa ni? Takkan nak panggil abang? Ish takmau lah!' Aishah berdehem. "Esok nak breakfast apa?" Spontan soalan itu terpacul daripada mulutnya. 'Aduh apa jenis soalan aku tanya ni! Tak berseni langsung!'
"Hm?" Suaminya memandang Aishah dengan bersahaja. Seolah-olah tiada perasaan. "Saya tanya ni, esok nak makan apa? Saya nak masak." Aishah mengulangi soalannya. 

"Hazim. Nama saya Hazim."

'Siapa tanya nama kau! Aku tanya esok nak makan apa la!!!' "Encik Hazim, esok nak breakfast apa?" 
Hazim tidak menjawab, sebaliknya dia merenung ke arah Aishah. Lama. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke arah Aishah yang sudah bergetar lutut. Hazim berhenti dua tapak dari tempat Aishah berdiri. Dia merenung ke dalam mata Aishah seperti  mahu tembus terus ke otak. 

"Tak kisah. Masak je la apa-apa." Hazim mencuit hidung Aishah sekali sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Dan Aishah masih disitu. 

Berdiri seperti patung.





No comments: