Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa.

Assalamualaikum wrt wrb.

Entri ni panjang. Kalau rasa lemah semangat jangan baca. Kalau hati korang sado, silakan proceed.

Btw, ini entri tentang cfs di Petaling Jaya tau. Gambang punya takda huhuhu. 

Pertama sekali, tahniah sebab anda semua telah berjaya mendapat tempat di CFSIIUM ini. Mesti ada yang seronok, bangga, yang kurang suka pun ada. Sebab spekulasi dan assumption yang anda semua dengar tentang cfs ni.

Ala, rilek brader. It's not as bad as you thought ((ayat sedapkan hati))

Lol jk. Okay let us begin. Bismillah.






1. Courses


Dekat sini memang ada banyak course. Either science or art stream. Bermula daripada engineering hinggalah ke bahasa inggeris. Macam aku, I've graduated from Bachelor of English or known as BEN ((tiba tiba speaking)) ((graduate tu pun kalau tak fail any subject))

I don't really know much about other courses but sikit-sikit tu boleh la. Regarding my course, jujur I tell you course ni memang orang anggap 'senang' and 'less stressful'. Sesiapa yang menganggap course bahasa itu remeh, meh sini aku nak ketuk kepala dia dengan senduk.
Memang tak dinafikan course ni tak sesusah dan semeroyan Engin, Architecture mahupun Law. Tapi kalau kau main-main, CGPA boleh innalillah juga tau.
Sebelum masuk cfs dulu, I was dreaming of learning about Grammar, Writing, Poems and so on. Rupanya itu hanya mimpi di siang hari. Sekali bila dapat schedule masa briefing;


Intro to Law
Intro to Statistics
Business Studies
Social Studies
Public Speaking
Thinking Skills


The bottom 3 seems nice. Yang 3 subjek pertama tu yang masalah sikit. Masa tu ada la rasa macam nak pack balik barang lepas tu balik rumah sebab kena ambil subject yang tak ada kena-mengena dengan course. Tapi bila difikirkan balik, tak apalah. Pengalaman. Ilmu kan awesome. At least sekarang aku dah tahu macam mana nak debate dengan penuh bergaya.

Student AED atau Architecture ni kita boleh kategorikan mereka sebagai manusia paling busy dalam dunia cfs. I have one AED friend and guess what I met him like 2-3 times je a month because of the busy-ness.

Ha, cuak kan?

Ceh, takdela. Sebenarnya semua course ada kesibukan masing-masing tapi so far budak AED la yang paling pack sekali jadualnya. Tapi, budak AED juga antara kelompok yang femes dekat sini. Theater, sports, futsal. Banyak juga muka dorang join those events. So kesimpulan dia. toksah la takut. Be happy.

Engin, yang ni tak boleh sembang banyak sangat sebab takda kawan rapat dari course Engin. Tapi oh well course ni memang banyak calculus.
Engin selalunya didominasi oleh kaum Adam la.

Law. Everytime I passed by a law student, kena tunduk kutip self-esteem yang jatuh bertaburan. There's one aura about law students which I can't explain about it bcs me myself don't really get it. Tu belum tengok masa dorang sarung blazer during mock trial. Goosebumps baq hang.
And budak Law SANGAT rajin buat demo debate. Selalunya demo debate akan dibuat pada waktu malam sebab time tu je students free. Aku selalu jugak pergi tengok lepas tu dalam 30 minit aku blah la sebab mak aku suruh tidur awal.

Kalau nak cerita pasal semua course boleh kejang jugak la jari ni so kalau nak tahu pasal another courses boleh pm I laju-laju.


2. Mahallah


Kita ada 5 mahallah atau dorm dekat sini. Khadijah College, Zainab Jahsy College, Aishah College and Fatimah Az-Zahra College untuk sisters. While for brothers, we have Umar al Khattab College and Abu Bakar College. Korang nak tengok gambar ke? I forgot to take some pictures of the mahallah(s) that day but ala uolls boleh je google.

I stayed at ZC and the room is not as big as the rooms in KC or FZC. But Alhamdulillah, masih bernyawa sampai sekarang walaupun hampir setahun hidup di dalam bilik kecil yang dikongsi 4 orang. Tapi istimewanya ZC, weolls ada netball court and buildingnya lebih terbuka dan exposed to air compared to FZC and KC.

Yang dapat KC dgn FZC memang tahniah diucapkan sebab bilik memang luas (la jugak) and tandas dekat KC selesa sebab baru renovate. FZC pulak dia macam concept apartment. So kalau nak bergosip dengan jiran sebelah tu ada la rasa suasana dekat rumah sikit. Cuma amaran kepada penduduk FZC. situ tak ada kiosk/kedai runcit. Jadi, pandai-pandai la awak semua survive kalau tiba-tiba perut bergelora pada waktu tengah malam.

AC pulak ialah mahallah paling 'comel' sekali dekat cfs. Kah kah, bukan apa. That's the oldest mahallah at cfs. Jadi faham-faham je la infrastruktrur dia macam mana. But still, the room is better than the room in ZC.

Untuk mahallah lelaki,

ABC memang besar. Ada 9 tingkat. Lif takda.

Ok tipu je. Ada lif tapi 2 sahaja. Kalau time dia buat perangai atau blackout, masak la hengkorang nak menapak sampai ke tingkat 7, 8 atau 9. Yang kenyang pun boleh jadi lapar balik. Tapi so far, jarang sangat la lif buat perangai. Bilik dekat ABC not bad. Better than ZC. Yang bestnya sebab duduk ramai-ramai. Oh, btw bangunan ABC tu dulunya hospital.

For UKC, I don't know much about this mahallah sebab tak pernah masuk. Macam ABC, awalnya dijadikan mahallah perempuan sebab tu I tahu a bit pasal ABC. UKC memang sejak azali menjadi mahallah brothers. What I know is, dia punya kiosk buka sampai pukul pagi sebab dorang tahu brothers memang kuat makan.


3. Taaruf Week


Ini lebih kurang Orientation Week la. Tapi kita takda sesi ice breaking atau sesi duduk dalam kumpulan lepas tu tanya ahli kumpulan mereka dari mana, duduk mahallah mana, dah makan ke belum. Nope. Basically, during taaruf week ni akan ada sesi taklimat tentang courses masing-masing. And commitee takkan suruh awak bangun pukul 3-4 pagi lepas tu berkawad dekat tengah padang. Takda ye adik-adik. Kiteorang lagi prefer tidur daripada buat semua tu. Kecuali untuk qiamullail. Balik dari qiamullail, kalau korang takda briefing, boleh sambung tidur dengan gembira.

Selain tu, akan ada jugak English Placement Test (EPT) and Arab Placement Test (APT). EPT ni dorang kata lagi susah dari MUET. Tapi percayalah, MUET lagi menyakitkan hati. EPT ni macam soalan paper English SPM korang la. Tak susah pun. Asalkan korang study sikit-sikit and practice writing sikit-sikit.

APT, memang ramai gerun dengan test ni. Jangan risau, yang takda basic arabic langsung boleh masuk examination hall, tulis nama then tunggu dalam 20 minit. Lepas tu boleh hand in the paper to invigilators lepas tu gi pekena teh tarik dengan roti canai sepinggan. As the result, anda semua akan menempuhi kelas Arab level 1 pada semester 1 nanti :-) Senang kan?

Aku buat macam tu la dulu. Ingatkan semua classmate aku kena ambil arab level 1 juga. Confident la sikit rasa. Rupanya ramai je yang exempted. Terus rasa nak nangis dekat sudut bilik masa tu.

EPT dan APT ni nanti yang akan menentukan sama ada korang dapat program setahun, setahun stengah atau 2 tahun. Tapi tak semestinya yang dapat program 2 tahun atau setahun stengah tu tak pandai. 2 tahun ni best sebab jadual tak pack. Tapi students science memang diwajibkan 2 tahun rasanya atas sebab-sebab yang tertentu.

Yang dapat 1 tahun pun best sebab grad cepat. Tapi dia punya pack nauzubillah. Jadual harian memang lagi busy daripada jadi artis.

Lepas tu nanti korang kena ambil either Study Circle, Fardhu Ain atau Tilawah Class. Before that, untuk menentukan mana satu korang akan dapat, korang kena go through one test yang akan menguji kelancaran korang mengaji and hafal surah. Again, jangan takut. Basically dia akan tanya from Surah Al-Nas hingga Surah Al-Dhuha je. Tapi hari tu I dapat Surah Al-Bayyinah. Rasa nak flip table ada jugak tapi Alhamdulillah so far okay je.

Bai'ah Night atau malam terakhir sekali during Taaruf Week. Ha yang ni takley citer ar bro tak suprise nanti. Jadi, tunggu dan lihat kah kah kah



4. Kafe


Ni favorite part. Sebab tentang makanan.

Each mahallah ada kafe masing-masing. Tapi setakat ni yang paling top sekali ialah Cafe Za'aba atau senior dulu-dulu panggil kafe jejantas. Gittewwwww.

Bawah cafe Za'aba tu ada cafe Kemudi. Kemudi ni selalunya orang panggil "Cafe Romantik" sebab suasananya yang samar-samar dengan pengcahayaan yang malap dan suasana cafe yang kepam. I don't really fancy that cafe sebab aku suka open air. Jadi kalau yang nak fefeeling mysterious ke loner ke boleh la ke cafe ni.


5. Kelas


Sini ada baaaaaaanyak sangat kelas so jangan la hangpa semua risau. Cuma, berbeza lokasi la. Ada yang dekat Annex, SMAWP, LY atau Block C, D & E. Annex tu macam a big building but equipped with aircond. SMAWP was actually a school. Jadi, tak banyak harapan sangat kita nak letak on SMAWP ni. Kalau berpeluh-peluh time kelas tu biasa la. Ok la tu, sihat sikit badan.

LY ni, macam mana nak terangkan eh. It's like in a building lepas tu banyak-banyak kelas. But sempit sikit la. Tapi kalau ada group discussion, LY ni la tempat paling femes sebab dia ada aircond ((dan nyamuk)).

Block C, D & E. Lebih kurang macam kelas dekat sekolah jugak. Cuma kalau nasib korang baik, dapat kelas yang ber aircond. Kalau nasib mcm malang sikit, kau mereput la dalam kelas kepam tu.


6. Dress Code


Dalam Offer Letter mesti korang perasan benda-benda ni;

1. Baju Kurung/Jubah
2. Kasut Hitam
3. Kemeja lengan panjang
4. Hari Rabu wajib pakai tudung dan kemeja putih

Kan?

Aku rasa setakat ni yang nombor 1 dengan 4 je yang betul. Nombor 3 tu ada jugak brother yang bantai pakai t-shirt berkolar lengan pendek je. Nombor 2 tu memang boleh buang dari list sebab takdanya. Tak kuasa lak semua orang nak pakai kasut hitam je hari-hari.

Hari Rabu memang wajib pakai tudung putih/kemeja putih tapi kalau tak pakai pun takdalah tahap sampai berdosa atau kena rejam. Aku antara sister yang paling suka langgar peraturan Hari Rabu ni because I can ((flip shawl))


7. Outing


Ini pun favorite part. Tipu la kalau korang tak suka outing. Siapa tipu dia fail EPT nanti.

Mall berdekatan cfs ialah Midvalley, Jaya One, Nu Sentral dan ada la banyak lagi. Jaya One ni paling dekat dengan cfs. Jalan kaki je. Tapi sempat berpeluh jugak la nak sampai tu. Dekat Jaya One ni dia banyak kedai makan je. Kafe hipsterzz pun banyak. Contohnya;

1. Sushi King
2. Old Town
3. Marufuku Udon ((ni paling bae))
4. Kopitiam
5. Tappers

Eh banyak la. Korang kena explore sendiri la tempat tu sebab kalau aku bagitahu semua kang macam tak syok la pulak.

Kalau nak outing pergi Midvalley, boleh tunggu bas dekat luar gate. Bas nombor 12. 12 sahaja ye. Kalau korang naik bas lain memang kami tak sediakan rescue team untuk escort korang balik kalau korang sesat.
Kalau nak ke Nu Sentral atau KL Sentral, naik bas 12 jugak. Lepas tu nanti dia akan berhenti dekat Stesen Universiti.


Okay. So far, itu je kot basic-basic yang korang perlu tahu. I'll be around during Taaruf Week sebab jadi committee. Kalau siapa-siapa dapat detect aku, aku belanja roti canai ZC sebab roti canai situ sedap. Kalau nak suruh autograf pun boleh kihkihkih.


Adios muchos, people! Welcome to the Gate of the Garden of Knowledge and Virtue! ;)












No comments: