Jangan Hairan


Langit tidak selalu lapang
Laut tidak selalu tenang
Haiwan tidak selalu riang
Hati tidak selalu girang
Dugaan tidak selalu senang
Manusia tidak selalu sayang.

Mungkin engkau sering tertanya
Mengapa sering dalam dunia
Yang penuh dosa serta fana
Terlalu banyak insan dan manusia
Yang sering lupa juga alpa.

Wahai sahabat dan taulan
Mari ke sini aku khabarkan
Janganlah dikau berasa hairan
Kerana kita dikelilingi syaitan.





No comments: