Cukup


Ramai yang bertanya dan ramai juga yang risau.
Katanya aku sudah makin berubah. Makin menyendiri. Tak seceria dulu. Tak sebahagia dulu.
Ah, siapalah manusia untuk menentukan kebahagiaan aku.
Bahagia itu subjektif, kan?

Kalau kau tanya kenapa aku berubah, sejujurnya, simpan sahaja soalan itu.

Kerna jawapan aku sangat menyakitkan hati.
Sebab apa? Sebab aku hanya mahu berlaku jujur.
Dan kejujuran itu menyakitkan, bukan?

Aku dah penat.

Terlalu banyak hati untuk dijaga
Terlalu banyak soal untuk dicerna
Terlalu banyak racun untuk dirasa.

Banyak.


Kau bukan raja dan aku bukan hamba

Untuk aku turut setiap titah dan kata.

Aku adalah aku.


Dan kau hanya sejenis virus yang tak akan berhenti menganggu.