.


Sedang aku tenang dibuai bayanganmu
Walau jauh tapi dekat
Walau tiada tapi wujud
Kau di sana aku di sini
Tapi rasa tak pernah pudar
Luntur
Hilang
Lesap
Kabur.

Aku bahagia mengecap rindu yang menyeksakan
Menyesakkan dada
Menghiris jiwa

Suara dan foto sebagai memori
Tanda bahawa aku pernah berjanji
Mahu setia hingga putusnya
Jodoh antara kita.

Sayang sekali,

Insan lain datang mengetuk pintu hati
Dalam aku beria menidakkan perasaan
Aku takut
Kalau-kalau benci jadi sayang





Kau tentu faham bukan, maksudku?